INSTALL
📲 Perkenalkan: eOPReport – Aplikasi Laporan Aktiviti Sekolah
eOPReport (Electronic One Page Report) ialah aplikasi Android yang membantu guru-guru menyediakan laporan aktiviti sekolah dengan cepat, mudah, dan kemas — semuanya dalam satu halaman!
🎯 Fungsi Utama:
✅ Reka laporan dengan antara muka mesra pengguna
✅ Masukkan maklumat aktiviti seperti tarikh, masa, tempat & unit
✅ Isikan item-item laporan objektif, sasaran, rumusan dan cadangan
✅ Muat naik gambar aktiviti dengan susun atur automatik
✅ Pilih warna tema untuk tajuk & subtajuk
✅ Jana laporan siap PDF dengan sekali tekan!
🌟 Kenapa pilih eOPR?
🕒 Jimat masa
📱 Guna di telefon terus – Bila-bila masa, di mana saja
📦 Laporan standard – Format seragam & boleh cetak
📁 Boleh simpan atas talian sama ada dalam google drive, atau telegram sendiri atau kongsi PDF melalui telegram dan whatsapp
📌 Cara penggunaan:
Pilih setting:
1. Isi maklumat sekolah seperti nama, alamat dan logo. Jika ada gambar background laporan boleh upload. (PERHATIAN: Sekiranya gambar background sudah ada maklumat sekolah, tak perlu lagi isi nama, alamat dan logo). Tekan Save
2. Pilih icon laporan -
- Isikan maklumat aktiviti.
- Upload maximum 4 gambar. Jika gambar dari kamera tanpa edit, gambar mestilah landscape. Untuk susunan gambar yang lebih menarik, boleh guna mana- mana aplikasi Collage Maker.
- Ada 2 pilihan susunan laporan
- Laporan 1 - untuk laporan yang panjang. jika guna collage maker, ratio yang sesuai ialah 9:16a atau 2:3
- Laporan 2 - untuk laporan yang pendek, gambar lebih besar. Jika guna collage maker, ratio 1:1 bagi 1 gambar
- Pilih Generate PDF. Boleh simpan terus dalam drive, atau share.
🚀 Muat turun sekarang dan mudahkan kerja anda! klik pada icon di bawah untuk install
🟦 eOPReport – Laporan Aktiviti Sekolah Satu Halaman
💡 Cipta. Isikan. Cetak.
Contoh layout 1:
Contoh Layout 2