Sunday, December 8, 2019

Ms Excel: Menghasilkan Gred berdasarkan Markah

Dengan menggunakan ms excel, kita boleh maenghasilkan gred secara automatik berdasarkan markah. Caranya ialah dengan menggunakan VLOOKUP atau HLOOKUP. Caranya sama cuma penyusunan rujukan table_array sahaja berbeza. Tutorial ini akan menggunakan VLOOKUP.

Langkah 1:
Sediakan lembaran kerja (worksheet) sheet1 dan sheet2. Rename sheet1 sebagai Markah dan sheet2 sebagai data(optional. tak rename pun tak ada masalah). sheet1(Markah) akan menjadi lembaran yang akan kita gunakan untuk meletak markah murid dan sheet2(data) mengandungi jadual gred markah. Rujuk imej di bawah

Nota: Bagi jadual gred, Nilai yang dimasukkan ialah nilai bawah.
Contoh:
0-39: F, (nilai bawah ialah 0)
40-49:E (nilai bawah ialah 40)
..dan seterusnya

 Langkah 2
Pada lembaran data, select dari sel B2(markah) hingga sel C9. Kemudian klik Formula>>Define Name>>Define Name. Klik

Kemudian paparan di bawah akan muncul. Taipkan gred di ruang Name. Kemudian klik OK
Langkah 3
Pada lembaran Markah, klik pada sel C2. Kemudian taip tanda = (Nota: Setiap kali kita hendak menggunakan formula, hendaklah dimulakan dengan tanda = ) . Kemudian taip VLOOKUP(. Satu pernyataan akan muncul

lookup_value: Nilai yang kita nak cari gred
table_array: jadual gred yang kita namakan gred tadi
col_index_number: nombor column dalam table array, yang nilainya yang kita kehendaki

Jadi kita taip seperti di bawah. Kemudian Enter
Hasilnya akan menjadi seperti di bawah
Langkah 4
Untuk row seterusnya, klik hujung bucu kanan C2, klik dan tarik ke bawah.
jika nilai sel blank, ia dikira 0 oleh itu ia memberikan gred F. Oleh itu ubah suai jadual gred, untuk F jadikan nilai bawah sebagai 1 (Tetapi tiada pelajar yang boleh dapat markah 0).

Tips: Tetapi jika anda mahir menggunakan ms excel, boleh gunakan pernyataan IF dan ISBLANK (saya tak masukkan untuk tutorial ini)
Kemudian bolehla masukkan markah. Masukkan markah dulu kemudian baru buat formula Vlookup pun tak ada masalah

Hasil:



Boleh ke nak ubah atau padam nama table array?
Boleh. Baca di sini 
 
Selamat mencuba..semoga berjaya


3 comments: