Tutorial ini akan menunjukkan langkah - langkah menghasilkan dokumen yang menggunakan orientasi portrait dan landscape dalam dokumen yang sama. Dalam tutorial ini, ia melibatkan 3 mukasurat iaitu ms 1 (portrait), ms 2 (landscape) dan ms 3(portrait).
Langkah 1:
Tekan butang Enter hingga bahagian bawah ms1. Pada menu Home, klik simbol seperti rajah di bawah
Langkah 2.
Pastikan insertion point berada dibahagian bawah ms1. Kemudian klik Layout >> Breaks>>Next Page.
Kemudian, akan terpapar pernyataan seperti di bawah pada bahagian bawah ms 1.
Langkah 3:
Seterusnya klik pada muka surat 2 dokumen. Kemudian klik pada Layout>>Orientation>>Landscape
Langkah 4:
Letakkan section break pada muka surat 2 seperti langkah 2. Kemudian pada muka surat 3, klik Layout>>Orientation>>Portrait
Hasilnya adalah seperti di bawah
Klik semula pada tanda (Langkah 1) untuk hilangkan tanda-tanda pada dokumen
0 comments:
Post a Comment