Friday, December 13, 2019

Ms Excel: Membuat Rumusan Gred Menggunakan CountIf

*Video disertakan di bawah

Dalam tutorial Ms Excel: Menghasilkan Gred berdasarkan Markah, kita telah hasilkan gred menggunakan VLOOKUP. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara untuk membuat rumusan gred seperti di bawah:
Langkah 1:
Sediakan lembaran seperti di bawah
Langkah 2
Namakan range Gred sebagai senaraigred (Select column gred seperti di bawah. Klik Formula>>Define Name>>Define Name. Kemudian satu dialog box akan muncul. Taip senaraigred di bahagian Name)





Nota: Boleh juga tidak namakan range. Tetapi bila assign nama range memudahkan kita apabila hendak apply formula kerana nilai sel tidak berubah. Perbezaannya mungkin ditunjukkan dalam tutorial akan datang

Langkah 3
Formula countif adalah seperti berikut:
range = nama range kita hasilkan tadi (senaraigred)
criteria = Kriteria yang hendak dikira

Klik pada sel C14(untuk kira jumlah pelajar yang mendapat A). Kemudian pada formula bar taip seperti di bawah(Taip di formula bar kerana kalau taip di sel nanti tertutup sel B14 tak boleh klik pula):
i)   taip =COUNTIF(senaraigred,
ii)  Guna mouse klik B14
iii) Taip )
 Kemudian ENTER

Nota: Gunakan nama sel untuk kriteria supaya mudah untuk apply formula pada sel seterusnya.




Langkah 4:
Klik pada sel C14 dan tarik ke bawah untuk mengira bilangan pelajar bagi gred seterusnya

Langkah 5:
Untuk jumlah keseluruhan, klik sel C20, kemudian klik Home>>Sum (Rujuk gambar di bawah). Kemudian ENTER

Video :

0 comments:

Post a Comment