Thursday, August 13, 2020

Menghasilkan Teka Silang Kata Secara Online

 

 Langkah - langkah menghasilkan teka silang kata secara automatik. Masukkan jawapan dan soalan, nanti dia akan jana sendiri.

  1. Layari laman web https://crosswordlabs.com/
  2. Paparan adalah seperti di bawah
     
  3.   Isi Tajuk di ruang Title (1)
  4.  Ruang 2 adalah ruang untuk jawapan dan soalan. Format adalah perkataan pertama adalah jawapan kemudian ruang kosong kemudian baru diikuti oleh soalan. Contohnya:
    raya Bunga _____ ialah bunga kebangsaan negara kita.
    Selepas siap semua soalan, klik Save & Finish

  5.  Boleh juga taip siap-siap dalam notepad atau ms word kemudian boleh copy dan paste dalam ruang tadi(Gambar di atas adalah soalan yang telah ditaip dalam notepad).Bila nak edit ke nak guna balik senang..boleh copy paste lagi
  6. Bila dah klik Save & Finish, teka silang kata tadi dah siap. Boleh pilih: 

Share : Share link supaya silang kata tadi boleh di jawab secara online. Nanti bila klik ada satu dialog box akan keluar. Copy atau share URL dan boleh berikan kepada yang berkenaan

Print: Untuk cetak. Boleh terus cetak atau save ke PDF

 

Contoh:

0 comments:

Post a Comment