Friday, August 28, 2020

Ms Word:: Penggunaan Numbering untuk bina soalan

Menghasilkan soalan tanpa menggunakan numbering menyukarkan kita untuk membaiki semula susun atur soalan. Oleh itu penggunaan numbering sangat membantu supaya nombor tidak berulang dan susun juga seragam.

 

Caranya:

1. Taip nombor contohnya 1 dikuti titik atau bracket kemudian tekan kekunci SPACEBAR atau TAB

2. Kemudian taip soalan atau sebarang teks. Selepas selesai, tekan ENTER

3. MS Word akan menukarkan secara automatik kepada format numbering

4. Kadang kala format indent numbering yang terhasil tidak menepati seperti kita inginkan. Oleh itu kita perlu memformat semula indent.

Cara memformat indent

1. Pada tab Home, klik ikon multilevel list (sebelah numbering). Kemudian pilih Define New Multilevel List

2. Satu paparan dialog box akan muncul. Klik seperti paparan di bawah

                                    Aligned at : Kedudukan nombor
                                    Text indent at : Kedudukan mula teks
3. Klik Ok
 
4. Hasil:

 
Nota:
Kita boleh sahaja tarik arrow indent pada ruler tetapi hanya nombor itu sahaja yang berubah manakala soalan - soalan lain tidak ikut format tersebut,

Memformat Soalan Pelbagai Pilihan
 
1. Taip soalan, kemudian ulangi langkah 1-2 cara memformat indent di atas (Siap format untuk nombor soalan jangan klik OK dahulu)
2. Sekarang kita akan format pilihan jawapan. Klik butang More pada paparan dialog box

3. Letak setting seperti di bawah


 4. Klik Ok. Kemudian bolehla taip pilihan jawapan

Rujuk video di bawah
 

Thursday, August 13, 2020

Menghasilkan Teka Silang Kata Secara Online

 

 Langkah - langkah menghasilkan teka silang kata secara automatik. Masukkan jawapan dan soalan, nanti dia akan jana sendiri.

  1. Layari laman web https://crosswordlabs.com/
  2. Paparan adalah seperti di bawah
     
  3.   Isi Tajuk di ruang Title (1)
  4.  Ruang 2 adalah ruang untuk jawapan dan soalan. Format adalah perkataan pertama adalah jawapan kemudian ruang kosong kemudian baru diikuti oleh soalan. Contohnya:
    raya Bunga _____ ialah bunga kebangsaan negara kita.
    Selepas siap semua soalan, klik Save & Finish

  5.  Boleh juga taip siap-siap dalam notepad atau ms word kemudian boleh copy dan paste dalam ruang tadi(Gambar di atas adalah soalan yang telah ditaip dalam notepad).Bila nak edit ke nak guna balik senang..boleh copy paste lagi
  6. Bila dah klik Save & Finish, teka silang kata tadi dah siap. Boleh pilih: 

Share : Share link supaya silang kata tadi boleh di jawab secara online. Nanti bila klik ada satu dialog box akan keluar. Copy atau share URL dan boleh berikan kepada yang berkenaan

Print: Untuk cetak. Boleh terus cetak atau save ke PDF

 

Contoh: