Tuesday, September 29, 2026

OMR Grader - hasilkan borang OMR sendiri dan tanda dengan mudah

 📋 SEMAK KERTAS OMR LEBIH MUDAH! 📱✨

contoh:





Guru masih semak kertas objektif satu per satu? 😵‍💫
Dengan OMR Grader, proses menyemak boleh jadi lebih cepat dan mudah!

🎯 Apa yang boleh dibuat?
✅ Tetapkan bilangan soalan
✅ Masukkan kunci jawapan A / B / C / D
✅ Jana borang OMR yang boleh terus dicetak
✅ Imbas menggunakan kamera telefon 📷
✅ Atau gunakan gambar kertas OMR dari galeri
✅ Markah dikira secara automatik 🎉

Web based.. TIDAK PERLU DOWNLOAD

KLIK DI SINI <<OMR Grader>>

Cara guna

  1. Tetapan: masukkan bilangan soalan (1–100), kemudian klik A/B/C/D untuk kunci jawapan setiap soalan.
  2. Borang: borang OMR dijana automatik dengan bulatan A–D, ruang nama/kelas/tarikh dan 4 petak hitam di sudut. Cetak pada A4 skala 100%.
  3. Imbas: ambil gambar borang yang sudah dihitamkan (kamera telefon atau muat naik gambar-jika guna laptop). Skor dipaparkan, dengan hijau untuk betul, merah untuk salah dan oren untuk jawapan sepatutnya. Anda boleh simpan keputusan bersama nama pelajar dalam senarai.

Tip untuk hasil imbasan yang baik

  • Pastikan keempat-empat petak hitam di sudut nampak dalam gambar.
  • Guna cahaya sekata dan borang yang rata.
  • Hitamkan bulatan sepenuhnya dengan pensel 2B atau pen hitam.
  • Jawapan kosong atau lebih dari satu bulatan dikira tidak dijawab, dan bilangannya dilaporkan.

Batasan

  • Ia tidak membaca nama pelajar secara automatik, jadi taip nama sendiri semasa simpan.
  • Kunci jawapan dan senarai keputusan disimpan dalam pelayar anda sahaja.

Untuk simpan, ada dua peringkat:

  • Auto-simpan: kunci dan senarai keputusan disimpan dalam pelayar di device itu, jadi tak hilang walaupun anda tutup app.
  • Simpan sendiri (backup): kod kongsi ialah cara simpan kunci. Anda boleh tampal kod itu dalam nota atau WhatsApp.  Butang untuk salin senarai keputusan, yang boleh ditampal terus ke Excel/google sheet.
PERHATIAN: Sila cuba dahulu sebelum guna untuk ujian/peperiksaan
Share:

Friday, September 25, 2026

Aplikasi Android: Senarai Tugasan (to-do list)

 📋 Jangan Lagi Terlupa Tugasan!

DOWNLOAD DI SINI


Ada tugasan nak buat, tapi selalu terlupa bila nak buat? Mesyuarat, bengkel, paperwork, nak kena sedia bahan.. banyak-banyak nanti boleh terlupa

Dengan aplikasi Senarai Tugasan - To-Do App, simpan semua tugasan penting dalam satu tempat.

✨ Mudah & praktikal
• 📝 Catat tugasan
• 📍 Simpan tempat tugasan
• 📅 Tetapkan tarikh
• ⏰ Tetapkan masa
• 🔔 Pilih lebih daripada satu peringatan
• ⚡ Peringatan 1 hari, 1 jam atau 30 minit sebelum
• 🕐 Tetapkan masa peringatan sendiri

Tak perlu aplikasi yang rumit.
Masukkan tugasan → tetapkan peringatan → buat bila tiba masanya.

📲 Sesuai untuk kerja, belajar, urusan harian dan apa sahaja tugasan yang tak mahu anda terlupa.

Simple. Mudah. Tak serabut.

👉 Cuba sekarang! 






Share:

Tuesday, September 22, 2026

Guna extension pada iPad dan Android

 

Extension Pada iPad

  • Install Userscripts dari App Store.
  • Buka Userscripts dan pilih folder untuk menyimpan scripts.
  • Buka folder Userscript pada iPad, save extension yang dimuatturun dalam folder tersebut
  • Pergi Safari → Pada Ruang Search, hujung ada icon Extensions → Userscripts.
  • Hidupkan Userscripts.
  • Beri Always Allow → All Websites 
  • Buka Safari → Buka website yang kita nak guna extension


  • Extension Pada Android

    • Download firefox - install

    Cara pasang Violentmonkey di Firefox Android

    1. Buka Firefox pada telefon Android.
    2. Tekan ⋮ → Add-ons / Extensions.
    3. Cari Violentmonkey.
    4. Tekan + pada Violentmonkey.
    5. Tekan Add untuk sahkan permission.
    6. Selepas dipasang, pergi semula ke ⋮ → Add-ons dan pastikan Violentmonkey Enabled. 
    7. Pada dashboard violentmonkey, pilih script, pilih tanda +, import file extension

    Share:

    Tuesday, September 8, 2026

    Aplikasi android: Jadual Waktu Kelas

     

    📚 JADUAL WAKTU KELAS — SEMUANYA DI HUJUNG JARI!

    Masih simpan jadual waktu kelas dalam bentuk gambar? 😅
    Kalau jadual berubah, kena edit semula atau ambil gambar baru.

    Kini ada cara yang lebih mudah! 🎉

    📅 Jadual Waktu Kelas

    Aplikasi Android yang membantu anda menyimpan dan mengurus jadual kelas dengan lebih mudah.

    ✨ Apa yang boleh dibuat?

    ✅ Masukkan jadual kelas dengan mudah
    ✅ Paparkan jadual hari ini secara automatik
    ✅ Simpan jadual untuk setiap hari
    ✅ Tetapkan peringatan sebelum kelas bermula
    ✅ Pilih peringatan tepat pada waktu, 5, 10, 15 atau 30 minit sebelum kelas
    ✅ Jadual boleh diedit bila-bila masa jika berlaku perubahan
    ✅ Paparan yang kemas, berwarna dan mudah dibaca
    ✅ Data jadual disimpan pada peranti
    ✅ Ringan & mudah digunakan

    ⏰ Tak perlu risau terlupa waktu kelas!
    Tetapkan peringatan dan biarkan aplikasi mengingatkan anda.

    👩‍🏫 Sesuai untuk guru dan pelajar uni, kolej

    Simpan semua jadual kelas dalam satu aplikasi — tak perlu lagi mencari gambar jadual dalam galeri telefon.

    📱 Mudah. Praktikal. Percuma.

    Jadual Waktu Kelas — jadual kelas anda, di hujung jari.

    👉 Muat turun aplikasi Jadual Waktu Kelas di Google Play Store >>DOWNLOAD









    Share:

    About

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Pages

    Hasilkan video menggunakan google flow

     Senang sungguh buat video guna google flow. gambar pun cantik, clear. 1. buka google flow 2. Kat bahagian bawah kanan, 'What do you wan...

    Menu - Pages

    Sebarang pertanyaan dan cadangan sangat dialu - alukan

    Name

    Email *

    Message *