Wednesday, September 23, 2020

Cara buang background pada gambar menggunakan ms word

Cara mudah membuang background pada gambar. Tak perlu internet, tak perlu software tambahan. Guna je Microsoft Word atau powerpoint.

Sebelum:


Selepas:

caranya:

1. Klik pada gambar

2. Pilih Picture Format >> Remove Background

3. Adjust Mark Areas to Keep atau Mark Areas to Remove jika perlu.

4. Klik Keep Changes atau press Enter apabila selesai

Nota: Gunakan langkah yang sama jika menggunakan ms powerpoint

Wednesday, September 16, 2020

Ms Word: Susun atur nombor muka surat

Jika kita menulis tesis atau kerja kursus, biasanya muka surat depan tiada nombor. Seterusnya diikuti oleh muka surat yang mempunyai nombor roman. Kemudian di akhirnya terdapat pula senarai lampiran. 

Caranya ialah kita bahagikan dokumen kita kepada beberapa section

Contoh:


Cara bahagi section:

1. Pada muka surat pertama, klik Layout >> Break >> Section Break >> Next Page

 

2. Double click pada ruang header dokumen, anda akan dapati muka depan telah menjadi section 1, dan muka surat telah menjadi section 2 seperti di bawah



3. Untuk bahagikan kepada section yang seterusnya, pergi ke muka surat terakhir bagi section tersebut, kemudian ulang langkah 1-2. Jika merujuk kepada contoh di atas, muka surat terakhir bagi section 2 ialah kandungan. Jadi, ulang langkah 1 pada muka surat tersebut

4. Selepas membahagi dokumen kepada beberapa section, sekarang kita bolehla meletakkan nombor muka surat


Meletak nombor muka surat

1. Muka depan tiada muka surat. Oleh itu tidak perlu buat apa-apa

2. Pada muka surat 2 dokumen, double click pada ruang footer dokumen (ruang kosong pada hujung bawah muka surat). Kemudian pada Header and Footer, klik Link to Previous supaya tidak link pada muka surat 1 tadi (Secara default, muka surat akan link dengan muka surat sebelumnya). Rujuk gambar di bawah

3. Kemudian klik Insert >> Format Page Number. Kemudian pilih Number format (pilih format yang berkenaan) dan klik Start At

 



4. Kemudian klik Insert >> Page Number >> Bottom of Page (jika hendak letak nombor muka surat di bahagian bawah)

5. Ulang langkah-langkah di atas untuk section seterusnya

 Kesimpulan:

1. Untuk membolehkan kita meletak nombor pelbagai format, pertama sekali bahagikan kepada section

2. Disable Link to Previous bagi setiap  section