Sunday, January 19, 2020

Menghasilkan Pamplet/Buku Aturcara (Booklet) Menggunakan Ms Word

Biasanya kita menggunakan perisian kursus untuk menghasilkan pamplet seperti perisian Publisher dan sebagainya. Kita boleh hasilkan pamplet atau buku aturcara dengan menggunakan MS Word terutama apabila melibatkan buku aturcara yang melibatkan banyak mukasurat seperti Mesyuarat Agung PIBG dan lain - lain. Cara - caranya:

  1. Hasilkan dokumen seperti biasa (Untuk cover, design mengikut kreativiti)
  2. Save sebagai doc
  3. Apabila telah berpuas hati, save as PDF
  4. Kemudian buka file PDF dan print sebagai booklet. Selain print, boleh terus upload ke anyflip untuk dijadikan pamplet online
  5. Siap
 Nota: 
  1. Setiap helai mempunyai 4 mukasurat. Oleh itu jika anda mempunyai 30 laman bercetak, pastikan tambah 2 mukasurat lagi untuk jadikan 32 mukasurat. 
  2. Boleh terus set ms word kepada booklet tetapi sesetengah printer setting tak cantik bila print. PDF lebih mudah untuk setting sesuai dengan kebanyakkan printer
  3. Jika printer tak boleh both side atau tak automatic, pilih front side only. Dah siap semua front side, pusing kertas kemudian pilih Back Side only pula 





Thursday, January 9, 2020

Ms Excel dan Google Sheet: Menghasilkan Hari Berdasarkan Tarikh

Formula untuk dapatkan hari secara automatik berdasarkan tarikh

Gunakan formula di bawah:

Saturday, January 4, 2020

Backup selected photo to google photos

Apabila kita turn on Backup & sync, semua gambar akan di 'backup' secara automatik ke google photo apabila ada wifi. Jika kita hanya ingin backup gambar - gambar tertentu sahaja, ikuti langkah-langkah di bawah. Selain itu kita boleh namakan album supaya senang untuk mencari semula gambar tersebut.

  1. Buka Select Settings Back up & sync -- Turn off (pastikan off)
  2. Long-press pada gambar untuk select yang hendak di backup. 
  3. Tap '+' kemudian pilih Album 
  4. Namakan Album 
  5. Tap tick 
  6. Tunggu sehingga siap upload


Paparan pada notebook selepas selesai upload

Friday, January 3, 2020

Menghasilkan sijil secara automatik selepas Kuiz atau Kaji Selidik

 

Sediakan template sijil
Create new Google Slides document.

Langkah penyediaan google slide document adalah seperti powerpoint biasa.

Secara default, slide atau sijil adalah dalam bentuk landscape. Untuk tukarkan kepada Portrait, ikut langkah di bawah:

Langkah 1:
Klik File>>Page Setup 



Langkah 2:
Pada kotak dialog Page Setup, pilih Custom. Tukar nilai Width kepada 8.29 dan Height 11.67 seperti di bawah. Kemudian klik Apply





Sediakan ruang (Insert-Text box) untuk nama, nokp dan data-data lain untuk sijil dengan menggunakan tag di bawah:

Merge Tag:
{{full name}} - untuk memaparkan nama
{{title}} - tajuk Google Quiz (bukan nama fail)
{{other identifier}} - tambahan maklumat peserta contohnya maparkan No KP
{{other identifier2}} - Maklumat tambahan perserta
{{date}} - tarikh laksana ujian
{{percent}} - peratus markah yang diperolehi
{{certificate id}} - no siri sijil 


Contoh sijil


Penyediaan Kuiz/Kaji selidik (form) untuk sijil

Langkah 1:
Download add on Certify'em 
(Download untuk pertama kali sahaja)


Langkah 2:
Google Drive >> New >> Google Form

A. Jika anda ingin jadikan form anda sebagai kuiz, klik setting (ikon roda sebelah butang Send), kemidian pilih tab Quizzes,, tarik slide Make this a quiz.Seterusnya tekan Save.

B. Nama, letak di bahagian atas sekali sebelum soalan  (di kira {{full name}} pada certify'em). JIka ada maklumat lain yang hendak diletak, letakkan di bawah Nama contoh No KP. Ia dikira {{other identifier}}. Boleh rujuk tag certify'em di sini

C. Taipkan soalan anda dan tetapkan markah bagi setiap soalan.


Jika form anda hanya kaji selidik dan tidak perlukan markah, abaikan langkah A dan C


Langkah 3
Pada icon add-on, klik Certify'em


 satu paparan Certify'em akan muncul. Klik pada Enable Certify'em in this Quiz. Kemudian klik Get Started

Langkah 4
Setting Certify'em. 

Jika untuk sijil kehadiran atau kaji selidik,  Passing letak 0%

Pada bahagian Template, klik dan pilih menu Use a Custom Template. Kemudian klik Select a New File, dan klik pada template sijil yang telah kita sediakan. Klik Save Changes.

Langkah 4
Untuk melihat contoh sijil, klik pada Email Me Sample atau boleh juga klik preview, jawab soalan nanti sijil akan di emelkan jika melepasi markah lulus yang telah ditetapkan
'

Seterusnya, buka email untuk melihat sample sijil. Contoh sijil 


Langkah 5
Siapkan Kuiz/kaji selidik form tadi dan bolehla assign kepada yang berkenaan


Selamat Mencuba