Friday, August 29, 2025

QR Generator






QR Code Generator boleh generate QR untuk individual atau secara pukal. Untuk secara pukal, boleh sediakan dulu dalam google sheet atau excel, kemudian save as CSV. buka fail dengan Notepad, kemudian copy dan paste ke dalam QR Generator. Pilih Jana Kod. Boleh download file QR. Contoh data QR ialah 2025001, Ahmad bin Ali. atau boleh juga untuk guna hasilkan QR bilik khas contoh MK,Makmal Komputer

Wednesday, August 27, 2025

Bina Sistem Carian ID DELIMa



Baru - baru ni ujian PKL 2025 memerlukan murid buka link ikut classroom.. dah diberi id pun masih ramai hilang, password tak ingat. Nak taip id pun satu masalah jugak. nak type @ pun ada tak reti. Jadi saya cuba buat carian ID Delima dengan canva AI. mudah sungguh. Carian saya buat melalui nokp. Jangan bimbang.. noKP tidak didedahkan kerana pakai web app script. 

Kat prompt saya taip je bina sistem carian id delima data dari google sheet. header jadual nokp, nama, id, pswd. kemudian minta buat web app script. Nanti ikut je langkah dia bagi

Tetapi id delima yang diberi tidak ada nokp.. jadi kena buat Vlookup dengan APDM atau data dari IDME. saya vlookup dengan nama je. tapi kalau ada nama yang sama betul contoh Ali bin Abu ada 2 orang sama.. kena ubah skit contoh Ali bin Abu (1),  Ali bin Abu (2)

Nak tgk contoh, klik link:

Carian nokp contoh: 010101221234. Murid boleh salin/copy terus ID tanpa perlu taip

Saturday, August 9, 2025

Penangan AI

Hebat betul AI.. tak payah belajar coding pun boleh bina sistem. Tapi kalau ada asas coding, lagi sangat membantu. QRScan Kehadiran ini saya create dengan AI. kalau coding sendiri sepenuhnya..emm tak mampu lah saya! prompt tak payah susah-susah nak detail.. letak aje nak buat sistem apa.. biar AI surprise kan kita. kemudian bagitau dia nak sistem tu macam mana.. benda tu AI.. intelligent. pandai la dia interpret maksud kita. kalau tak jadi, bagitau tak jadi.. nanti dia baiki balik coding.