Wednesday, December 4, 2019

MS Excel: Conditional Formatting

Conditional formatting merupakan satu fitur dalam ms excel yang membolehkan pengguna menetapkan format pada sesuatu sel. Contohnya,
Syarat:
i)   jika markah 0 - 39, markah tersebut menjadi warna merah
ii)  jika markah 40 - 90, markah tersebut menjadi warna biru
iii) jika markah 91 - 100, markah tersebut menjadi warna hijau

Caranya adalah seperti berikut:
1. Klik pada sel pertama markah
2. Kemudian pada menu Home, klik Conditional Formatting>>Manage Rules

 3. Conditional Formatting Rules Manager akan muncul. Klik pada New Rule
 4. Kemudian klik pada pilihan kedua (Format only cells that contain). Kemudian isikan di bahagian Rule Description seperti di bawah. Syarat di bawah untuk menetapkan
i)   jika markah 0 - 39, markah tersebut menjadi warna merah
Kemudian klik butang Format. Paparan seperti di bawah akan muncul
Seterusnya, klik Color dan pilih warna merah, klik OK. Paparan akan tertutup. Klik OK pada paparan dialog box seterusnya.
5. Paparan Conditional Formatting Rules Manager akan menjadi seperti di bawah
6. Selesai untuk syarat yang pertama. Untuk syarat ke-ii dan ke-iii, ulangi langkah 3-4.
Syarat ii:

Syarat iii:
Dengan itu kita telah ada 3 syarat:

7. Akhir sekali, klik OK
8. Cuba masukkan markah untuk melihat kesan conditional formatting tadi. Jika berjaya, apply untuk sel seterusnya dengan klik pada hujung bawah bucu kanan dan tarik ke bawah sehingga sel yang diingini

9. Hasilnya adalah seperti di bawah


Selamat mencuba dan semoga berjaya




Tuesday, December 3, 2019

Ms. Word: Halaman portrait dan landscape dalam dokumen yang sama

Kadangkala kita perlu menggunakan orientasi berbeza dalam dokumen yang kita hasilkan contohnya jika dokumen tersebut melibatkan jadual atau gambar yang lebar.

Tutorial ini akan menunjukkan langkah - langkah menghasilkan dokumen yang menggunakan orientasi portrait dan landscape dalam dokumen yang sama. Dalam tutorial ini, ia melibatkan 3 mukasurat iaitu ms 1 (portrait), ms 2 (landscape) dan ms 3(portrait).

Langkah 1:
Tekan butang Enter hingga bahagian bawah ms1. Pada menu Home, klik simbol seperti rajah di bawah

Fungsinya ialah supaya kita boleh melihat aktiviti yang berlaku pada dokumen kita.

Langkah 2.
Pastikan insertion point berada dibahagian bawah ms1. Kemudian klik Layout >> Breaks>>Next Page.

Kemudian, akan terpapar pernyataan seperti di bawah pada bahagian bawah ms 1.

Langkah 3:
Seterusnya klik pada muka surat 2 dokumen.  Kemudian klik pada Layout>>Orientation>>Landscape

Langkah 4:
Letakkan section break pada muka surat 2 seperti langkah 2. Kemudian pada muka surat 3, klik Layout>>Orientation>>Portrait

Hasilnya adalah seperti di bawah

Klik semula pada tanda (Langkah 1) untuk hilangkan tanda-tanda pada dokumen

Sunday, December 1, 2019

Excel - Menyembunyikan column dan row yang tidak digunakan

Tutorial ini menunjukkan langkah - langkah untuk menyembunyikan column dan row yang tidak digunakan dalam excel.Contoh:

Sebelum:
Selepas:

Langkah - langkah:
1. Klik pada nombor pada row terawal yang hendak disembunyi.
2. Tekan butang shift, ctrl dan down arrow secara serentak. Ini akan menyebabkan row akan di 'select' sehingga ke bawah. Kemudian klik kanan mouse dan pilih 'Hide'
3. Sekarang anda telah berjaya sembunyikan row. Seterusnya kita akan sembunyikan column
4. Klik column terawal yang hendak disembunyi. Dalam contoh di atas, column yang terawal ialah 'M'. Klik pada huruf tersebut. Seterusnya tekan butang shift, ctrl dan right arrow serentak. Kemudian klik kanan mouse dan klik Hide
5. Hasilnya adalah seperti di bawah