Thursday, September 18, 2025

Aplikasi Quick Timer

5 minit, kalau tunggu rasa macam lama. Dah duduk ngadap phone dah tak sedar masa. Tiba - tiba bau ikan hangus, megi dah kembang, air dah melimpah.. Boleh guna apps ni. sebelum buka medsos, tap dulu berapa minit. Ada preset timer 5 min, 10 min, 15 min. Nak custom timer pun boleh.. Tiba masa, nanti ada bunyi alarm dan notification




Klik DOWNLOAD Quick Timer 


Surat Tidak Hadir ke Sekolah

 📌 Anak tak dapat hadir ke sekolah?

Tak perlu pening nak karang ayat!

👉 Dengan aplikasi web ini, anda boleh hasilkan surat rasmi tidak hadir ke sekolah secara automatik, kemas, dan ikut format standard.

📝 Masukkan maklumat ➝ Klik ➝ Surat siap!
📱 Boleh terus print atau hantar online.

✨ Mudah. Cepat. Free

⚡Dalam kereta pun boleh isi..

Klik link https://mykoleksi-tutorial.blogspot.com/p/surat-rasmi-tidak-hadir-sekolah.html




Bijak sifir

Test buat games guna AI. memang senang betul. Nak test sifir boleh klik : https://mykoleksi-tutorial.blogspot.com/p/bijak-sifir.html



Kalau suruh anak buat, harap tak jadi 🦁 bila sound salah lagi banyak dari sound betul

Saturday, September 6, 2025

Dah create sistem kat canva code macam mana nak guna?

Susah payah buat sistem kat canva code for me, macam mana nak guna? Boleh pilih Use in design - pilih website. boleh juga embed (Tetapi kalau melibatkan kamera cthnya untuk scan QR, embed tak boleh) Code adalah dalam bentuk HTML. Boleh copy code dan paste ke dalam blog. Caranya, pilih page (biasanya.. boleh juga post. tapi kalau sistem, page lebih sesuai). Kemudian pilih HTML view, paste code, publish. Tetapi kadang template blog tak sesuai dengan view sistem

Selain blog, boleh je paste kat aplikasi notepad, save sebagai fail html.. kemudian kongsi kepada pengguna lain melalui telegram atau whatsapp. Tetapi ia masih dalam bentuk fail. 

Cara lain ialah buat website guna netlify. Bagus juga guna netlify.. free. boleh buat website terus

Friday, August 29, 2025

QR Generator






QR Code Generator boleh generate QR untuk individual atau secara pukal. Untuk secara pukal, boleh sediakan dulu dalam google sheet atau excel, kemudian save as CSV. buka fail dengan Notepad, kemudian copy dan paste ke dalam QR Generator. Pilih Jana Kod. Boleh download file QR. Contoh data QR ialah 2025001, Ahmad bin Ali. atau boleh juga untuk guna hasilkan QR bilik khas contoh MK,Makmal Komputer

Wednesday, August 27, 2025

Bina Sistem Carian ID DELIMa



Baru - baru ni ujian PKL 2025 memerlukan murid buka link ikut classroom.. dah diberi id pun masih ramai hilang, password tak ingat. Nak taip id pun satu masalah jugak. nak type @ pun ada tak reti. Jadi saya cuba buat carian ID Delima dengan canva AI. mudah sungguh. Carian saya buat melalui nokp. Jangan bimbang.. noKP tidak didedahkan kerana pakai web app script. 

Kat prompt saya taip je bina sistem carian id delima data dari google sheet. header jadual nokp, nama, id, pswd. kemudian minta buat web app script. Nanti ikut je langkah dia bagi

Tetapi id delima yang diberi tidak ada nokp.. jadi kena buat Vlookup dengan APDM atau data dari IDME. saya vlookup dengan nama je. tapi kalau ada nama yang sama betul contoh Ali bin Abu ada 2 orang sama.. kena ubah skit contoh Ali bin Abu (1),  Ali bin Abu (2)

Nak tgk contoh, klik link:

Carian nokp contoh: 010101221234. Murid boleh salin/copy terus ID tanpa perlu taip

Saturday, August 9, 2025

Penangan AI

Hebat betul AI.. tak payah belajar coding pun boleh bina sistem. Tapi kalau ada asas coding, lagi sangat membantu. QRScan Kehadiran ini saya create dengan AI. kalau coding sendiri sepenuhnya..emm tak mampu lah saya! prompt tak payah susah-susah nak detail.. letak aje nak buat sistem apa.. biar AI surprise kan kita. kemudian bagitau dia nak sistem tu macam mana.. benda tu AI.. intelligent. pandai la dia interpret maksud kita. kalau tak jadi, bagitau tak jadi.. nanti dia baiki balik coding.