Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya nak berkongsi satu extension Chrome yang sangat membantu untuk mengisi kehadiran murid di laman IDME KPM. Extension ini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan klik berulang terutamanya semasa PDPR - untuk tanda pentaksiran peperiksaan.
✅ 1. Apa itu IDME Helper?
IDME Helper ialah extension Chrome yang membantu guru:
-
Untick / tick kehadiran murid dengan cepat
-
Auto paparkan pilihan kategori & sebab
-
Mempercepatkan proses key-in kehadiran harian IDME
Extension ini bukan dari Chrome Web Store, jadi pemasangan perlu dibuat secara manual.
Apa yang extension ini buat?
✔ Untick semua murid sekali gus
✔ Automatik pilih Kategori: Penggiliran Peperiksaan
✔ Automatik pilih Sebab: Urusan Peperiksaan
✔ Mengurangkan banyak klik berulang — sangat menjimatkan masa
Cara pemasangan
-
Muat turun fail ZIP - DOWNLOAD SINI
-
Extract / unzip folder
-
Buka Chrome →
chrome://extensions/ -
Aktifkan Developer Mode
-
Klik Load Unpacked
-
Pilih folder extension tadi
✅ Cara Guna Extension
Di bahagian kanan atas Chrome, anda akan nampak ikon extension (macam puzzle 🧩).
-
Klik ikon puzzle
-
Cari IDME Attendance Helper
-
Pin-kan jika mahu (supaya mudah akses)
-
Klik extension tersebut - Klik Set Kehadiran - Semua murid akan diset automatik dengan satu klik sahaja.
Semoga membantu memudahkan kerja cikgu-cikgu. 😊






0 comments:
Post a Comment