- Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu guru dan warga pendidik di Malaysia mengakses laman web rasmi dan perkhidmatan berkaitan pendidikan dengan lebih pantas dan teratur.
- Aplikasi ini menghimpunkan pautan ke sistem yang sering digunakan oleh guru - guru di Malaysia
- Aplikasi ini tidak menyimpan data pengguna dan hanya bertindak sebagai pintasan (shortcut)
- ke laman web sedia ada yang boleh diakses secara umum.
Wednesday, December 31, 2025
Aplikasi Android: info guru
Kalendar 2026
Kalendar 2026 dengan kalendar Hijrah:
- Dengan cuti umum persekutuan dan negeri
- Saiz aplikasi kecil
- Sesuai untuk telefon dengan storan kecil
- Boleh digunakan di luar talian
Wednesday, December 3, 2025
Print PBD UASA Idme 2 mukasurat
Slip keputusan PBD UASA biasa nya 4 mukasurat. Nak bagi jimat, kita print 2 mukasurat, buat depan belakang jadilah sehelai sahaja.. jimat.
Cara, pilih print > More Setting > Pages per Sheet = 2.
nak print depan belakang, pilih printer setting, pilih both side.
Thursday, November 20, 2025
IDME Kehadiran - Tanda Penggiliran Peperiksaan dan PdPR dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya nak berkongsi satu extension Chrome yang sangat membantu untuk mengisi kehadiran murid di laman IDME KPM. Extension ini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan klik berulang terutamanya semasa PDPR - untuk tanda pentaksiran peperiksaan.
✅ 1. Apa itu IDME Attendance Helper?
IDME Helper ialah extension Chrome yang membantu guru:
-
Untick / tick kehadiran murid dengan cepat
-
Auto paparkan pilihan kategori & sebab
-
Mempercepatkan proses key-in kehadiran harian IDME
Extension ini bukan dari Chrome Web Store, jadi pemasangan perlu dibuat secara manual.
Apa yang extension ini buat?
✔ Untick semua murid sekali gus
✔ Automatik pilih Kategori: Penggiliran Peperiksaan
✔ Automatik pilih Sebab: Urusan Peperiksaan
✔ Mengurangkan banyak klik berulang — sangat menjimatkan masa
Cara pemasangan
-
Muat turun fail ZIP - DOWNLOAD SINI
-
Extract / unzip folder
-
Buka Chrome →
chrome://extensions/ -
Aktifkan Developer Mode
-
Klik Load Unpacked
-
Pilih folder extension tadi
✅ Cara Guna Extension
Di bahagian kanan atas Chrome, anda akan nampak ikon extension (macam puzzle 🧩).
-
Klik ikon puzzle
-
Cari IDME Attendance Helper
-
Pin-kan jika mahu (supaya mudah akses)
-
Klik extension tersebut - pilih button - Semua murid akan diset automatik dengan satu klik sahaja.
Semoga membantu memudahkan kerja cikgu-cikgu. 😊
Thursday, November 13, 2025
Cara mudah isi form atau edit pdf
Cara mudah isi borang PDF (fillable form)
Berikut langkah-langkah buka dan edit fail PDF menggunakan Microsoft Edge 👇
🪟 Langkah 1: Buka fail PDF
-
Cari fail PDF di komputer anda.
-
Klik kanan pada fail tersebut.
-
Pilih “Open with” → “Microsoft Edge”.
✏️ Langkah 2: Gunakan alat edit dalam Edge
Apabila PDF dibuka dalam tab Edge:
-
Di bahagian atas, akan muncul bar alat PDF.
-
Anda boleh guna fungsi berikut:
-
Add text ➜ untuk menaip di mana-mana bahagian PDF.
-
Draw ➜ untuk melakar atau menanda dengan pen digital.
-
Highlight ➜ untuk menanda teks dengan warna.
-
Erase ➜ untuk padam lakaran.
-
Comment (Notes) ➜ untuk tambah nota kecil.
-
💾 Langkah 3: Simpan perubahan
-
Klik ikon disket (Save) di penjuru kanan atas,
atau tekan Ctrl + S. -
Pilih sama ada:
-
Replace file asal, atau
-
Save As untuk simpan versi baru.
-
Thursday, September 18, 2025
Aplikasi Quick Timer
5 minit, kalau tunggu rasa macam lama. Dah duduk ngadap phone dah tak sedar masa. Tiba - tiba bau ikan hangus, megi dah kembang, air dah melimpah.. Boleh guna apps ni. sebelum buka medsos, tap dulu berapa minit. Ada preset timer 5 min, 10 min, 15 min. Nak custom timer pun boleh.. Tiba masa, nanti ada bunyi alarm dan notification
Klik DOWNLOAD Quick Timer
Surat Tidak Hadir ke Sekolah
📌 Anak tak dapat hadir ke sekolah?
Tak perlu pening nak karang ayat!
👉 Dengan aplikasi web ini, anda boleh hasilkan surat rasmi tidak hadir ke sekolah secara automatik, kemas, dan ikut format standard.
📝 Masukkan maklumat ➝ Klik ➝ Surat siap!
📱 Boleh terus print atau hantar online.
✨ Mudah. Cepat. Free
⚡Dalam kereta pun boleh isi..
Klik link https://mykoleksi-tutorial.blogspot.com/p/surat-rasmi-tidak-hadir-sekolah.html
Bijak sifir
Saturday, September 6, 2025
Dah create sistem kat canva code macam mana nak guna?
Susah payah buat sistem kat canva code for me, macam mana nak guna? Boleh pilih Use in design - pilih website. boleh juga embed (Tetapi kalau melibatkan kamera cthnya untuk scan QR, embed tak boleh) Code adalah dalam bentuk HTML. Boleh copy code dan paste ke dalam blog. Caranya, pilih page (biasanya.. boleh juga post. tapi kalau sistem, page lebih sesuai). Kemudian pilih HTML view, paste code, publish. Tetapi kadang template blog tak sesuai dengan view sistem
Selain blog, boleh je paste kat aplikasi notepad, save sebagai fail html.. kemudian kongsi kepada pengguna lain melalui telegram atau whatsapp. Tetapi ia masih dalam bentuk fail.
Cara lain ialah buat website guna netlify. Bagus juga guna netlify.. free. boleh buat website terus
Friday, August 29, 2025
QR Generator
Wednesday, August 27, 2025
Bina Sistem Carian ID DELIMa
Baru - baru ni ujian PKL 2025 memerlukan murid buka link ikut classroom.. dah diberi id pun masih ramai hilang, password tak ingat. Nak taip id pun satu masalah jugak. nak type @ pun ada tak reti. Jadi saya cuba buat carian ID Delima dengan canva AI. mudah sungguh. Carian saya buat melalui nokp. Jangan bimbang.. noKP tidak didedahkan kerana pakai web app script.
Kat prompt saya taip je bina sistem carian id delima data dari google sheet. header jadual nokp, nama, id, pswd. kemudian minta buat web app script. Nanti ikut je langkah dia bagi
Tetapi id delima yang diberi tidak ada nokp.. jadi kena buat Vlookup dengan APDM atau data dari IDME. saya vlookup dengan nama je. tapi kalau ada nama yang sama betul contoh Ali bin Abu ada 2 orang sama.. kena ubah skit contoh Ali bin Abu (1), Ali bin Abu (2)
Nak tgk contoh, klik link:
Carian nokp contoh: 010101221234. Murid boleh salin/copy terus ID tanpa perlu taip
Saturday, August 9, 2025
Penangan AI
Friday, May 23, 2025
Hasilkan one-page-report dengan mudah
INSTALL
📲 Perkenalkan: eOPReport – Aplikasi Laporan Aktiviti Sekolah
eOPReport (Electronic One Page Report) ialah aplikasi Android yang membantu guru-guru menyediakan laporan aktiviti sekolah dengan cepat, mudah, dan kemas — semuanya dalam satu halaman!
🎯 Fungsi Utama:
✅ Reka laporan dengan antara muka mesra pengguna
✅ Masukkan maklumat aktiviti seperti tarikh, masa, tempat & unit
✅ Isikan item-item laporan objektif, sasaran, rumusan dan cadangan
✅ Muat naik gambar aktiviti dengan susun atur automatik
✅ Pilih warna tema untuk tajuk & subtajuk
✅ Jana laporan siap PDF dengan sekali tekan!
🌟 Kenapa pilih eOPR?
🕒 Jimat masa
📱 Guna di telefon terus – Bila-bila masa, di mana saja
📦 Laporan standard – Format seragam & boleh cetak
📁 Boleh simpan atas talian sama ada dalam google drive, atau telegram sendiri atau kongsi PDF melalui telegram dan whatsapp
📌 Cara penggunaan:
Pilih setting:
1. Isi maklumat sekolah seperti nama, alamat dan logo. Jika ada gambar background laporan boleh upload. (PERHATIAN: Sekiranya gambar background sudah ada maklumat sekolah, tak perlu lagi isi nama, alamat dan logo). Tekan Save
2. Pilih icon laporan -
- Isikan maklumat aktiviti.
- Upload maximum 4 gambar. Jika gambar dari kamera tanpa edit, gambar mestilah landscape. Untuk susunan gambar yang lebih menarik, boleh guna mana- mana aplikasi Collage Maker.
- Ada 2 pilihan susunan laporan
- Laporan 1 - untuk laporan yang panjang. jika guna collage maker, ratio yang sesuai ialah 9:16a atau 2:3
- Laporan 2 - untuk laporan yang pendek, gambar lebih besar. Jika guna collage maker, ratio 1:1 bagi 1 gambar
- Pilih Generate PDF. Boleh simpan terus dalam drive, atau share.
🚀 Muat turun sekarang dan mudahkan kerja anda! klik pada icon di bawah untuk install
🟦 eOPReport – Laporan Aktiviti Sekolah Satu Halaman
💡 Cipta. Isikan. Cetak.
Contoh layout 1:
Contoh Layout 2
















