Thursday, November 20, 2025

IDME Kehadiran - Tanda Penggiliran Peperiksaan dan PdPR dengan mudah




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya nak berkongsi satu extension Chrome yang sangat membantu untuk mengisi kehadiran murid di laman IDME KPM. Extension ini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan klik berulang terutamanya semasa PDPR - untuk tanda pentaksiran peperiksaan.

1. Apa itu IDME Attendance Helper?

IDME Helper ialah extension Chrome yang membantu guru:

  • Untick / tick kehadiran murid dengan cepat

  • Auto paparkan pilihan kategori & sebab

  • Mempercepatkan proses key-in kehadiran harian IDME

Extension ini bukan dari Chrome Web Store, jadi pemasangan perlu dibuat secara manual.


Apa yang extension ini buat?

✔ Untick semua murid sekali gus
✔ Automatik pilih Kategori: Penggiliran Peperiksaan
✔ Automatik pilih Sebab: Urusan Peperiksaan
✔ Mengurangkan banyak klik berulang — sangat menjimatkan masa

Cara pemasangan

Nota: Oleh kerana extension ini tidak di upload ke chrome web store, jangan guna chrome yang id delima kerana developer mode disable
  1. Muat turun fail ZIP - DOWNLOAD SINI

  2. Extract / unzip folder

  3. Buka Chrome → chrome://extensions/

  4. Aktifkan Developer Mode

  5. Klik Load Unpacked

  6. Pilih folder extension tadi


Cara Guna Extension

Di bahagian kanan atas Chrome, anda akan nampak ikon extension (macam puzzle 🧩).

  1. Klik ikon puzzle

  2. Cari IDME Attendance Helper

  3. Pin-kan jika mahu (supaya mudah akses)

  4. Klik extension tersebut - pilih button - Semua murid akan diset automatik dengan satu klik sahaja.

Semoga membantu memudahkan kerja cikgu-cikgu. 😊





Thursday, November 13, 2025

Cara mudah isi form atau edit pdf

Cara mudah isi borang PDF (fillable form)

Berikut langkah-langkah buka dan edit fail PDF  menggunakan Microsoft Edge 👇


🪟 Langkah 1: Buka fail PDF

  1. Cari fail PDF di komputer anda.

  2. Klik kanan pada fail tersebut.

  3. Pilih “Open with” → “Microsoft Edge”.


✏️ Langkah 2: Gunakan alat edit dalam Edge

Apabila PDF dibuka dalam tab Edge:

  1. Di bahagian atas, akan muncul bar alat PDF.

  2. Anda boleh guna fungsi berikut:

    • Add text ➜ untuk menaip di mana-mana bahagian PDF.

    • Draw ➜ untuk melakar atau menanda dengan pen digital.

    • Highlight ➜ untuk menanda teks dengan warna.

    • Erase ➜ untuk padam lakaran.

    • Comment (Notes) ➜ untuk tambah nota kecil.


💾 Langkah 3: Simpan perubahan

  1. Klik ikon disket (Save) di penjuru kanan atas,
    atau tekan Ctrl + S.

  2. Pilih sama ada:

    • Replace file asal, atau

    • Save As untuk simpan versi baru.


*video adalah contoh sahaja.. jika fillable form, guna icon Text sahaja. kemudian jangan lupa Save. ikon save di sebelah atas kanan