Friday, January 9, 2026

Penjana Laporan Aktiviti (OPR - One Page Report)

 


KLIK DI SINI

Hasilkan PDF Laporan Aktiviti Profesional dalam Beberapa Minit

Mudah, kemas dan sesuai untuk kegunaan sekolah.
Hanya upload gambar berlogo sekolah, isi maklumat, dan terus jana PDF siap 

✔ Sesuai untuk laporan aktiviti, program & dokumentasi sekolah
✔ Rekaan kemas, tidak serabut
✔ Mudah diubah suai ikut keperluan


📝 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN

1️⃣ Upload gambar
Upload gambar yang mengandungi logo dan nama sekolah - size untuk A4 . Boleh gunakan canva

2️⃣ Isi maklumat laporan

Masukkan tajuk, butiran aktiviti dan maklumat yang diperlukan. Oleh kerana ia untuk 1 mukasurat, jadi pastikan maklumat tidak terlalu panjang. Jika panjang, hadkan gambar 2 sahaja maksimum

📌 Maksimum 4 gambar 

🖼️ SPESIFIKASI GAMBAR DISARANKAN

  • 📐 Nisbah saiz:

    • 16:9 (landscape) – paling sesuai

    • 4:3 (landscape) – juga disokong

3️⃣ Tukar label (jika perlu)
Semua label boleh diubah suai mengikut format laporan sekolah masing-masing. Contoh jika Rumusan ingin ditukar kepada Anjuran, taipkan Anjuran dalam ruang warna purple.

4️⃣ Jana & muat turun PDF
PDF akan dijana secara automatik dengan susun atur kemas dan profesional.


KLIK DI SINI




Wednesday, December 31, 2025

Aplikasi Android: info guru

📱 Penerangan Aplikasi

  • Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu guru dan warga pendidik di Malaysia mengakses laman web rasmi dan perkhidmatan berkaitan pendidikan dengan lebih pantas dan teratur.
  • Aplikasi ini menghimpunkan pautan ke sistem yang sering digunakan oleh guru - guru di Malaysia
  • Aplikasi ini tidak menyimpan data pengguna dan hanya bertindak sebagai pintasan (shortcut)
  • ke laman web sedia ada yang boleh diakses secara umum.

📅 Kalendar & Cuti Umum

Aplikasi ini turut memaparkan kalendar tahunan dan cuti umum sebagai rujukan pengguna. Maklumat kalendar adalah berdasarkan sumber rasmi yang boleh diakses secara umum.

- Info - Pada ruang info, terdapat maklumat minggu persekolahan bagi tahun 2026 dan tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam


Kalendar 2026

Kalendar 2026 dengan kalendar Hijrah:

- Dengan cuti umum persekutuan dan negeri

- Saiz aplikasi kecil

- Sesuai untuk telefon dengan storan kecil

- Boleh digunakan di luar talian 



DOWNLOAD SINI


Wednesday, December 3, 2025

Print PBD UASA Idme 2 mukasurat

 Slip keputusan PBD UASA biasa nya 4 mukasurat. Nak bagi jimat, kita print 2 mukasurat, buat depan belakang jadilah sehelai sahaja.. jimat.

Cara, pilih print > More Setting > Pages per Sheet = 2.

nak print depan belakang, pilih printer setting, pilih both side.



Thursday, November 20, 2025

IDME Kehadiran - Tanda Penggiliran Peperiksaan dan PdPR dengan mudah




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya nak berkongsi satu extension Chrome yang sangat membantu untuk mengisi kehadiran murid di laman IDME KPM. Extension ini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan klik berulang terutamanya semasa PDPR - untuk tanda pentaksiran peperiksaan.

1. Apa itu IDME Attendance Helper?

IDME Helper ialah extension Chrome yang membantu guru:

  • Untick / tick kehadiran murid dengan cepat

  • Auto paparkan pilihan kategori & sebab

  • Mempercepatkan proses key-in kehadiran harian IDME

Extension ini bukan dari Chrome Web Store, jadi pemasangan perlu dibuat secara manual.


Apa yang extension ini buat?

✔ Untick semua murid sekali gus
✔ Automatik pilih Kategori: Penggiliran Peperiksaan
✔ Automatik pilih Sebab: Urusan Peperiksaan
✔ Mengurangkan banyak klik berulang — sangat menjimatkan masa

Cara pemasangan

Nota: Oleh kerana extension ini tidak di upload ke chrome web store, jangan guna chrome yang id delima kerana developer mode disable
  1. Muat turun fail ZIP - DOWNLOAD SINI

  2. Extract / unzip folder

  3. Buka Chrome → chrome://extensions/

  4. Aktifkan Developer Mode

  5. Klik Load Unpacked

  6. Pilih folder extension tadi


Cara Guna Extension

Di bahagian kanan atas Chrome, anda akan nampak ikon extension (macam puzzle 🧩).

  1. Klik ikon puzzle

  2. Cari IDME Attendance Helper

  3. Pin-kan jika mahu (supaya mudah akses)

  4. Klik extension tersebut - pilih button - Semua murid akan diset automatik dengan satu klik sahaja.

Semoga membantu memudahkan kerja cikgu-cikgu. 😊





Thursday, November 13, 2025

Cara mudah isi form atau edit pdf

Cara mudah isi borang PDF (fillable form)

Berikut langkah-langkah buka dan edit fail PDF  menggunakan Microsoft Edge 👇


🪟 Langkah 1: Buka fail PDF

  1. Cari fail PDF di komputer anda.

  2. Klik kanan pada fail tersebut.

  3. Pilih “Open with” → “Microsoft Edge”.


✏️ Langkah 2: Gunakan alat edit dalam Edge

Apabila PDF dibuka dalam tab Edge:

  1. Di bahagian atas, akan muncul bar alat PDF.

  2. Anda boleh guna fungsi berikut:

    • Add text ➜ untuk menaip di mana-mana bahagian PDF.

    • Draw ➜ untuk melakar atau menanda dengan pen digital.

    • Highlight ➜ untuk menanda teks dengan warna.

    • Erase ➜ untuk padam lakaran.

    • Comment (Notes) ➜ untuk tambah nota kecil.


💾 Langkah 3: Simpan perubahan

  1. Klik ikon disket (Save) di penjuru kanan atas,
    atau tekan Ctrl + S.

  2. Pilih sama ada:

    • Replace file asal, atau

    • Save As untuk simpan versi baru.


*video adalah contoh sahaja.. jika fillable form, guna icon Text sahaja. kemudian jangan lupa Save. ikon save di sebelah atas kanan

Thursday, September 18, 2025

Aplikasi Quick Timer

5 minit, kalau tunggu rasa macam lama. Dah duduk ngadap phone dah tak sedar masa. Tiba - tiba bau ikan hangus, megi dah kembang, air dah melimpah.. Boleh guna apps ni. sebelum buka medsos, tap dulu berapa minit. Ada preset timer 5 min, 10 min, 15 min. Nak custom timer pun boleh.. Tiba masa, nanti ada bunyi alarm dan notification




Klik DOWNLOAD Quick Timer