- Gunakan formula =CHAR(CODE(nama_cell_huruf_pertama) + 1)
- Contoh: =CHAR(CODE(A2) + 1)
Wednesday, February 19, 2020
Ms Excel: Autofill huruf A ke Z
Thursday, February 13, 2020
Ms Word: Melukis table
contoh: Borang Pelalian HPV
Tutorial ini mengandungi langkah - langkah:
Sunday, February 9, 2020
Menaip pada borang PDF tanpa convert
- Buka fail PDF menggunakan Adobe Acrobat Reader DC
- Klik menu Tools >> Fill & Sign >> Fill & Sign
- Klik pada ruang yang ingin ditaip dan boleh mula menaip
- Boleh terus print atau save
Sunday, January 19, 2020
Menghasilkan Pamplet/Buku Aturcara (Booklet) Menggunakan Ms Word
- Hasilkan dokumen seperti biasa (Untuk cover, design mengikut kreativiti)
- Save sebagai doc
- Apabila telah berpuas hati, save as PDF
- Kemudian buka file PDF dan print sebagai booklet. Selain print, boleh terus upload ke anyflip untuk dijadikan pamplet online
- Siap
- Setiap helai mempunyai 4 mukasurat. Oleh itu jika anda mempunyai 30 laman bercetak, pastikan tambah 2 mukasurat lagi untuk jadikan 32 mukasurat.
- Boleh terus set ms word kepada booklet tetapi sesetengah printer setting tak cantik bila print. PDF lebih mudah untuk setting sesuai dengan kebanyakkan printer
- Jika printer tak boleh both side atau tak automatic, pilih front side only. Dah siap semua front side, pusing kertas kemudian pilih Back Side only pula
Thursday, January 9, 2020
Saturday, January 4, 2020
Backup selected photo to google photos
- Buka Select Settings Back up & sync -- Turn off (pastikan off)
- Long-press pada gambar untuk select yang hendak di backup.
- Tap '+' kemudian pilih Album
- Namakan Album
- Tap tick
- Tunggu sehingga siap upload
Paparan pada notebook selepas selesai upload
Friday, January 3, 2020
Menghasilkan sijil secara automatik selepas Kuiz atau Kaji Selidik
Sediakan template sijil
Create new Google Slides document.
Langkah penyediaan google slide document adalah seperti powerpoint biasa.
Secara default, slide atau sijil adalah dalam bentuk landscape. Untuk tukarkan kepada Portrait, ikut langkah di bawah:
Langkah 1:
Klik File>>Page Setup
Langkah 2:
Pada kotak dialog Page Setup, pilih Custom. Tukar nilai Width kepada 8.29 dan Height 11.67 seperti di bawah. Kemudian klik Apply
Sediakan ruang (Insert-Text box) untuk nama, nokp dan data-data lain untuk sijil dengan menggunakan tag di bawah:
Merge Tag:
{{full name}} - untuk memaparkan nama
{{title}} - tajuk Google Quiz (bukan nama fail)
{{other identifier}} - tambahan maklumat peserta contohnya maparkan No KP
{{other identifier2}} - Maklumat tambahan perserta
{{date}} - tarikh laksana ujian
{{percent}} - peratus markah yang diperolehi
{{certificate id}} - no siri sijil
Contoh sijil
Penyediaan Kuiz/Kaji selidik (form) untuk sijil
Langkah 1:
Download add on Certify'em
(Download untuk pertama kali sahaja)
Langkah 2:
Google Drive >> New >> Google Form
A. Jika anda ingin jadikan form anda sebagai kuiz, klik setting (ikon roda sebelah butang Send), kemidian pilih tab Quizzes,, tarik slide Make this a quiz.Seterusnya tekan Save.
B. Nama, letak di bahagian atas sekali sebelum soalan (di kira {{full name}} pada certify'em). JIka ada maklumat lain yang hendak diletak, letakkan di bawah Nama contoh No KP. Ia dikira {{other identifier}}. Boleh rujuk tag certify'em di sini
C. Taipkan soalan anda dan tetapkan markah bagi setiap soalan.
Jika form anda hanya kaji selidik dan tidak perlukan markah, abaikan langkah A dan C
Langkah 3
Pada icon add-on, klik Certify'em
satu paparan Certify'em akan muncul. Klik pada Enable Certify'em in this Quiz. Kemudian klik Get Started
Langkah 4
Setting Certify'em.
Jika untuk sijil kehadiran atau kaji selidik, Passing letak 0%
Langkah 4
Untuk melihat contoh sijil, klik pada Email Me Sample atau boleh juga klik preview, jawab soalan nanti sijil akan di emelkan jika melepasi markah lulus yang telah ditetapkan
Langkah 5
Siapkan Kuiz/kaji selidik form tadi dan bolehla assign kepada yang berkenaan
Selamat Mencuba











'




