Wednesday, August 27, 2025

Bina Sistem Carian ID DELIMa



Baru - baru ni ujian PKL 2025 memerlukan murid buka link ikut classroom.. dah diberi id pun masih ramai hilang, password tak ingat. Nak taip id pun satu masalah jugak. nak type @ pun ada tak reti. Jadi saya cuba buat carian ID Delima dengan canva AI. mudah sungguh. Carian saya buat melalui nokp. Jangan bimbang.. noKP tidak didedahkan kerana pakai web app script. 

Kat prompt saya taip je bina sistem carian id delima data dari google sheet. header jadual nokp, nama, id, pswd. kemudian minta buat web app script. Nanti ikut je langkah dia bagi

Tetapi id delima yang diberi tidak ada nokp.. jadi kena buat Vlookup dengan APDM atau data dari IDME. saya vlookup dengan nama je. tapi kalau ada nama yang sama betul contoh Ali bin Abu ada 2 orang sama.. kena ubah skit contoh Ali bin Abu (1),  Ali bin Abu (2)

Nak tgk contoh, klik link:

Carian nokp contoh: 010101221234. Murid boleh salin/copy terus ID tanpa perlu taip

Share:

Saturday, August 9, 2025

Penangan AI

Hebat betul AI.. tak payah belajar coding pun boleh bina sistem. Tapi kalau ada asas coding, lagi sangat membantu. QRScan Kehadiran ini saya create dengan AI. kalau coding sendiri sepenuhnya..emm tak mampu lah saya! prompt tak payah susah-susah nak detail.. letak aje nak buat sistem apa.. biar AI surprise kan kita. kemudian bagitau dia nak sistem tu macam mana.. benda tu AI.. intelligent. pandai la dia interpret maksud kita. kalau tak jadi, bagitau tak jadi.. nanti dia baiki balik coding.



Share:

Friday, May 23, 2025

Hasilkan one-page-report dengan mudah



INSTALL

📲 Perkenalkan: eOPReport – Aplikasi Laporan Aktiviti Sekolah

eOPReport (Electronic One Page Report) ialah aplikasi Android yang membantu guru-guru menyediakan laporan aktiviti sekolah dengan cepat, mudah, dan kemas — semuanya dalam satu halaman!

🎯 Fungsi Utama:

✅ Reka laporan dengan antara muka mesra pengguna

✅ Masukkan maklumat aktiviti seperti tarikh, masa, tempat & unit

✅ Isikan item-item laporan objektif, sasaran, rumusan dan cadangan

✅ Muat naik gambar aktiviti dengan susun atur automatik

✅ Pilih warna tema untuk tajuk & subtajuk

✅ Jana laporan siap PDF dengan sekali tekan!


🌟 Kenapa pilih eOPR?

🕒 Jimat masa

📱 Guna di telefon terus – Bila-bila masa, di mana saja

📦 Laporan standard – Format seragam & boleh cetak

📁 Boleh simpan atas talian sama ada dalam google drive, atau telegram sendiri atau kongsi PDF melalui telegram dan whatsapp

📌 Cara penggunaan:
Pilih setting:

1. Isi maklumat sekolah seperti nama, alamat dan logo. Jika ada gambar background laporan boleh upload. (PERHATIAN: Sekiranya gambar background sudah ada maklumat sekolah, tak perlu lagi isi nama, alamat dan logo). Tekan Save

2. Pilih icon laporan - 

  • Isikan maklumat aktiviti. 
  • Upload maximum 4 gambar. Jika gambar dari kamera tanpa edit, gambar mestilah landscape. Untuk susunan gambar yang lebih menarik, boleh guna mana- mana aplikasi Collage Maker. 
  • Ada 2 pilihan susunan laporan
    • Laporan 1 - untuk laporan yang panjang. jika guna collage maker, ratio yang sesuai ialah 9:16a atau 2:3
    • Laporan 2 - untuk laporan yang pendek, gambar lebih besar. Jika guna collage maker, ratio 1:1 bagi 1 gambar
  • Pilih Generate PDF. Boleh simpan terus dalam drive, atau share.


🚀 Muat turun sekarang dan mudahkan kerja anda! klik pada icon di bawah untuk install

🟦 eOPReport – Laporan Aktiviti Sekolah Satu Halaman

💡 Cipta. Isikan. Cetak.


Contoh layout 1:


Contoh Layout 2





Contoh penggunaan gambar background yang dihasilkan terlebih dahulu menggunakan canva dan gambar aktiviti yang dihasilkan menggunakan collage maker.



Share:

Tuesday, August 13, 2024

Penggunaan formula FILTER untuk carian data dalam google sheet

Penggunaan formula FILTER digunakan untuk mencari data dalam senarai

Contoh senarai:

Pada tab sheet sebelah kita buatkan satu sheet CARIAN. Pada sheet tersebut, letakkan formula FILTER

a) Formula di bawah untuk mencari data dengan membandingkan input dengan data NAMA dengan ejaan penuh. Sesuai untuk carian menggunakan No Kad Pengenalan.

Taipkan formula di ruang A3
=FILTER(SENARAI!A2:B6,SENARAI!A2:A6=B1)


Hasil:

b) Formula ini untuk carian lebih umum. Contohnya, bila taip A, semua nama yang mempunyai huruf A akan terpapar. 

=FILTER(SENARAI!A2:B6,SEARCH(B1,SENARAI!A2:A6))

Hasil di bawah adalah apabila input MA di masukkan






Share:

Sunday, December 24, 2023

Kalendar 2024 (Malaysia)

 Kalendar ringkas 2024 dan tarikh bulan Islam (Hijrah 1445-1446). Disertakan tarikh cuti umum, cuti sekolah dan tarikh gaji kakitangan awam

download DISINI





Share:

Saturday, September 10, 2022

Ms Excel: INDEX dan MATCH

contoh:



=INDEX(range_carian,row_num,col_num)

=INDEX(B2:E4,2,3)      hasil: AVERAGE


CONTOH MASALAH



Gunakan MATCH untuk cari row_num dan col_num

MATCH(itemnakcari, range, 0) 0=exact match

contoh: 
a) =MATCH("SN",A2:A4,0)   hasil: 3
b) =MATCH(B10,A2:A4,0)    hasil: 1
c) =MATCH(C10,B1:E1,0)     hasil: 1

Gabungkan index dan match. pada D10, taip formula di bawah
=INDEX(B2:E4,MATCH(B10,A2:A4,0),MATCH(C10,B1:E1,0))



Hasil:

Sebelum tarik formula ke bawah. letak tanda $ supaya nilai range tidak berubah



Hasil





Share:

Tuesday, September 6, 2022

VBA code untuk transfer data kepada jadual mesra database

Transfer data di bawah (Sheet1)

kepada format di bawah (Sheet2)
Kod VBA:
Share:

About

Search This Blog

Powered by Blogger.

Pages

OMR Grader - hasilkan borang OMR sendiri dan tanda dengan mudah

 📋 SEMAK KERTAS OMR LEBIH MUDAH! 📱✨ Guru masih semak kertas objektif satu per satu? 😵‍💫 Dengan OMR Grader , proses menyemak boleh jadi ...

Menu - Pages

Sebarang pertanyaan dan cadangan sangat dialu - alukan

Name

Email *

Message *