Kadang kala google form kita dibuka oleh orang yang tidak dikenali atau orang yang tidak sepatutnya mengisi form tersebut (jika mereka mendapat link form). Tutorial ini menunjukkan langkah - langkah untuk memastikan hanya individu yang mempunyai password/kata laluan sahaja yang boleh mengisi form. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan fitur section pada google form. Langkah - langkah adalah seperti di bawah.
1. Pada google form, pada ruang soalan yang pertama, pilih "Short Answer"
2. Kemudian isi seperti di bawah
3. Selepas itu, tambah section baru. rujuk gambar di bawah
4.Letakkan tajuk yang sesuai bagi section baharu (dalam tutorial ini, tajuknya ialah Senarai kelab persatuan). Pada langkah ini, section ini akan memapar senarai semua kelab persatuan. Pilih add question ( simbol +). kemudian pilih dropbox. Pada bahagian option, isikan semua nama kelab dan persatuan.
5. Seterusnya, pergi semula ke Section 1. Lihat pada bahagian bawah Section 1, klik pada pilihan di sebelah After Section . Pilih Go to Section 2 (Senarai kelab persatuan). Tujuannya ialah, jika pengguna memasukkan password yang betul, paparan senarai kelab persatuan akan keluar.
6. Siap untuk password. Boleh test preview untuk tengok hasilnya
7. Langkah seterusnya ialah untuk memilih section mengikut pilihan jawapan. Contohnya, apabila kita pilih kelab komputer, hanya senarai ahli kelab komputer yang akan terpapar
8. Tambah lagi section baru seperti di langkah 3 Ulang langkah yang sama untuk tambah section bagi kelab dan persatuan yang lain. Contoh: (pastikan pilih checkbox). Untuk senarai nama, tidak perlu taip satu-satu nama. Boleh copy terus satu senarai, kemudian paste pada bahagian option 1. (Tidak perlu copy satu nama - paste satu nama. Copy paste terus satu senarai)
9. Selepas selesai sediakan section setiap kelab, pergi semula ke bahagian senarai kelab persatuan. Klik 3 dots seperti di bawah.
Nota: Tutorial di atas untuk menunjukkan kegunaan section. Jika hendak membuat form kehadiran, adalah lebih baik sediakan satu form, untuk satu kelab/persatuan
0 comments:
Post a Comment