Saturday, July 24, 2021

Bina dan tanda soalan subjektif atau esei dalam google form

Salam sejahtera

Dalam satu form, kita boleh sediakan soalan dalam pelbagai format seperti soalan objektif, struktur dan esei. Berikut adalah langkah - langkah untuk menyediakan soalan pelbagai format dalam google form

 

A. Setting

Langkah 1:

Klik pada ikon roda setting pada  atas kanan. Pada setting>General :

Pada bahagian setting>presentation

Pada setting>Quiz setkan sebagai kuiz dan pilihan Release Grade, pilih Later,...  jika ada soalan struktur atau esei


Kemudian klik Save

 

B. Bina soalan


 

Antara jenis - jenis soalan yang boleh dipilih


SOALAN STRUKTUR/ESEI

Langkah 1:

Untuk soalan struktur, boleh pilih sama ada short answer atau paragraph. 

Short answer kita boleh setkan jawapan untuk auto check betul atau salah tetapi masih boleh semak semula secara manual.

Paragraph pula lebih sesuai untuk jawapan yang panjang contohnya jika untuk soalan yang memerlukan penerangan atau karangan. Tidak boleh set jawapan yang betul. Perlu tanda secara manual sepenuhnya

Short answer:


 Klik Answaer key untuk set jawapan dan markah


Paragraph


Bahagian paling penting bagi soalan struktur ialah menanda. Klik pada Responses>Individu untuk melihat jawapan murid. Kemudian kita boleh beri markah secara manual. Kemudian dah selesai beri markah, klik Save



SHARE SOALAN (BERI SOALAN KEPADA PELAJAR)

1. Klik butang SEND (bahagian atas kanan). Kemudian pilih ikon link

2. Kemudian klik Copy link (atau boleh pilih shorten link). Boleh juga pendekkan dengan gg.gg

3. Boleh berikan kepada pelajar untuk menjawab


SEMAK JAWAPAN PELAJAR

1. Pada form, klik Responses

2. Kemudian klik Individual untuk melihat jawapan. Di sini, kita boleh melihat jawapan dan memberikan markah untuk soalan struktur dan esei. Selesai beri markah, klik save (Lihat gambar di atas pada bahagian Soalan struktur/esei)

3. Klik arrow kanan atau kiri untuk pergi ke jawapan pelajar seterusnya



RELEASE SCORE

1. Jika anda setkan Collecr email pada Setting> General, kita boleh terus emailkan markah kepada pelajar. Klik Release Score kemudian boleh pilih All Respondents >> SEND EMAIL AND RELEASE

2. Kalau tak pilih collect email, boleh beri markah dengan cara yang lain seperti gunakan datastudio


Saturday, July 17, 2021

Cara highlight cursor pointer dan set pointer bergambar

 


 

Pointer yang menarik boleh menarik perhatian audience untuk memfokus apa yang kita tunjukkan

1. Download Autohotkey DISINI.  Kemudian buka file tersbut. Buka dan install kemudian run

2. Download Cursor Highlighter DI SINI. Buka file yang telah di download. Cursor anda akan terus menjadi highlight. Create shortcut pada desktop supaya senang nak cari. Double click pada ikon untuk aktifkan cursor highlighter

3. Menu cursor highlighter ada pada tray kanan bawah, icon berwarna biru (jika tengah aktif). Klik untuk diasble dan klik semula untuk enable. Klik kanan pada ikon untuk melihat menu seperti setting

4. Boleh pilih sama ada nak guna highlighter cursor (warna) atau picture cursor. Untuk menggunakan picture cursor, gunakan file image *.png supaya background gambar jadi transparent. untuk hasilkan sendiri fail png, baca DI SINI

 

 

Friday, July 16, 2021

Cara untuk print laporan PBD kelas dari google sheet

Apabila template PBD dimuat naik ke google sheet untuk pengisian secara online, beberapa fungsi butang hilang. Oleh itu kita tidak dapat menggunakan butang dan pull down menu senarai nama pelajar untuk mencetak PBD murid. Di bawah adalah cara - cara untuk mencetak PBD tersebut

 

Langkah 1:

1. Download PBD Gabungan kelas yang telah lengkap yang hendak dicetak
2. Pastikan ada template asal yang di muat turun dari laman web BPK
        LINK BPK

        Menengah rendah

        Menengah atas

 

Langkah 2:

1.  Buka fail template asal dari BPK. Buka tab laporan murid.

2. Klik kanan pada pull down menu nama murid. pilih copy

Langkah 3:

Buka PBD gabungan kelas >> Laporan murid > paste. Kemudian tekan Esc pada keyboard

Langkah 4:

Ulang cara yang sama untuk copy butang cetak.
PENTING: Terus klik kanan pada butang yang hendak di’copy’

Langkah 5:

Set print untuk 1 mukasurat: 

Klik File>Menu>Print
Pilih Potrait
Size A4
Fit sheet on one page

Langkah 6:

Print tanpa warna pada table atau sel:
Klik page setup>Sheet> tick pada Black and white pada group Print

Print semua laporan:
Klik butang cetak semua laporan.


Jika tengah print tetiba nak stop tengah proses, tekan ESC pada keyboard kemudian dengan segera tekan Ctrl dan Break pada keyboard serentak. Kemudian klik End



Monday, July 12, 2021

Cara untuk printscreen dan save secara automatik

 Untuk PC/notebook:

pada keyboard, tekan butang windows dan prt sc serentak. Gambar akan disimpan dalam folder picture>screenshot


Microsoft surface:

Tekan logo windows dan volume down serenta. Gambar akan disimpan dalam folder picture>screenshot

Monday, July 5, 2021

Tutorial Asas Datastudio (Input box)

Sekiranya kita ingin memaparkan data tertentu sahaja dalam data studio, adalah lebih baik kita menggunakan input box. Contohnya, jika kita sudah selesai kuiz, dan pelajar ingin semak keputusan, kita boleh sediakan dashbord yang hanya memaparkan markah pelajar itu sahaja.

Saya akan gunakan data dalam tutorial sebelum ini (Tutorial asas data studio)

Langkah 1:

Insert satu row sebelum data pertama. Caranya, klik nama row pertama (1), kemudian klik Insert>>Row below

Isikan seperti di bawah. Tujuannya ialah sebagai default value sebelum kita masukkan nombor KP. 

 



Langkah 2:

Buka datastudio kemudian kemudian klik Blank Report untuk membina dashboard baru

Klik Google Sheet dan cari fail rekod data tadi, kemudian Add

Langkah 3:

Klik Add a control>> Input box

Tempatkan input box tadi pada report. Field Nama dipilih secara automatik. Tukarkan field tersebut kepada NoKp dengan klik pada list di bahagian control field kemudian pilih NoKP


 Langkah 4:

Pada panel DATA, padam Record Count seperti dalam tuorial sebelum ini, Kemudian scroll ke bawah setkan Sort>> Ascending

Kalau tak jumpa scroll, tonton video di bawah


 

Seterusnya setkan  Row per page>>1

Kemudian klik pada panel STYLE. untick Show header, untick Row number, untick Show pagination. Missing data set kepada Show blank . Boleh ubah font, color report dan sebagainya di bahagian STYLE

Paparan akan kelihatan seperti di bawah

Seterusnya kita akan hasilkan field untuk Gred. Klik kanan pada kotak field Nama yang kita hasilkan tadi dan Copy.


Kemudian Paste. Pergi pada DATA panel, pada Dimension, klik Nama dan pilih Gred.

Kemudian klik View untuk melihat hasil laporan. Masukkan NoKP, Nama dan Gred bagi NoKP tersebut akan terpapar. Ubah paparan dashboard anda cantik2 pada bahagian STYLE..

Dah siap, klik View>>Share>>Get report link. Copy link dan letak dalam group..
 

Selamat mencuba, semoga berjaya

Sunday, July 4, 2021

Kolaboratif skrin dengan jamboard google

 Jika kita ingin minta pelajar melukis atau melengkapkan rajah seperti whiteboard dalam kelas, bolehla kita guna jamboard ni. untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca di https://edu.google.com/intl/ms/products/jamboard

Bagus untuk kolaboratif dengan pelajar secara online.. seperti kita minta sorang-sorang pelajar lengkapkan soalan atau rajah dalam kelas

Boleh guna stylus pen

Layari laman web https://jamboard.google.com/ . Tak perlu install.

Boleh letak soalan atau rajah dulu atau blank terus pun takpe..

contoh paparan jamboard

Klik Share


 

Set Anyone with the link >> Editor.

Copy link, Done

Kemudian boleh beri link tersebut kepada pelajar. Pelajar boleh buka dan jawab. Nak stop share, klik share, klik change kemudian pilih Restricted, Done