Sekiranya kita ingin memaparkan data tertentu sahaja dalam data studio, adalah lebih baik kita menggunakan input box. Contohnya, jika kita sudah selesai kuiz, dan pelajar ingin semak keputusan, kita boleh sediakan dashbord yang hanya memaparkan markah pelajar itu sahaja.
Saya akan gunakan data dalam tutorial sebelum ini (Tutorial asas data studio)
Langkah 1:
Insert satu row sebelum data pertama. Caranya, klik nama row pertama (1), kemudian klik Insert>>Row below
Isikan seperti di bawah. Tujuannya ialah sebagai default value sebelum kita masukkan nombor KP.
Langkah 2:
Buka datastudio kemudian kemudian klik Blank Report untuk membina dashboard baru
Klik Google Sheet dan cari fail rekod data tadi, kemudian Add
Langkah 3:
Klik Add a control>> Input box
Tempatkan input box tadi pada report. Field Nama dipilih secara automatik. Tukarkan field tersebut kepada NoKp dengan klik pada list di bahagian control field kemudian pilih NoKP
Langkah 4:
Pada panel DATA, padam Record Count seperti dalam tuorial sebelum ini, Kemudian scroll ke bawah setkan Sort>> Ascending
Kalau tak jumpa scroll, tonton video di bawah
Seterusnya setkan Row per page>>1
Kemudian klik pada panel STYLE. untick Show header, untick Row number, untick Show pagination. Missing data set kepada Show blank . Boleh ubah font, color report dan sebagainya di bahagian STYLE
Paparan akan kelihatan seperti di bawah
Seterusnya kita akan hasilkan field untuk Gred. Klik kanan pada kotak field Nama yang kita hasilkan tadi dan Copy.
Kemudian Paste. Pergi pada DATA panel, pada Dimension, klik Nama dan pilih Gred.
Kemudian klik View untuk melihat hasil laporan. Masukkan NoKP, Nama dan Gred bagi NoKP tersebut akan terpapar. Ubah paparan dashboard anda cantik2 pada bahagian STYLE..
Selamat mencuba, semoga berjaya
0 comments:
Post a Comment