Apabila data ID DELIMa di muat turun, tiada No Kp yang terdapat dalam fail ID DELIMa. Oleh itu sukar untuk membuat carian melalui No KP.
Make a copy google sheet >> KLIK DI SINI <<
BACA DAHULU:
Dalam google sheet di atas ada 4 Sheet:
1. Data APDM : Copy dan paste data ID Murid ,Nama ,No. KP dan Nama Kelas dari APDM (Paste value only). Column ID Delima jangan usik (ada formula di situ). Kosongkan baris pertama data untuk buat carian pada data studio
2. ID delima: Copy dan paste pada column data dari fail yang dimuat turun dari portal admin ID delima (Paste value only)
3. IDKP Murid: Tidak perlu buat apa-apa. Ada formula di situ. Ia akan memaparkan maklumat Nama, KP, ID Delima, Kelas dan status. Status akan paparkan Tiada Dalam Rekod DELIMa Sekolah jika nama murid ada dalam APDM, tetapi belum ada dalam senarai ID DELIMa (Biasanya bagi murid yang baru masuk ke mendaftar di sekolah tersebut) Maknanya, jika mereka lupa password, kena minta pada admin sekolah lama
4. Pindah : Tidak perlu buat apa-apa. Ia akan paparkan nama pelajar yang sudah berpindah ke sekolah lain tetapi ID nya masih ada di sekolah. Jika mereka lupa password, admin boleh resetkan password
Untuk hasilkan carian pada data studio, gunakan Sheet 3 (IDKP Murid) sebagai data carian
0 comments:
Post a Comment