Monday, June 28, 2021

Merekod kehadiran kelas dan subjek berbeza mengikut waktu yang ditetapkan (Template disediakan, hanya copy dan edit)

Cara rekod kehadiran PdPR kelas dan subjek berbeza pada waktu yang telah ditetapkan. Contohnya, kelas pukul 10:00 pg dan kehadiran yang direkodkan pukul 10.00 am - 2.00 pm sahaja yang diambil kira. Jika google form diisi sbelum pukul 10 atau lebih daripada pukul 2, kehadiran akan di tanda 0

Nota: Untuk pdpr saya tak kisah pun murid buka malam pun.. asal dia take note pdp hari itu.. Jadi waktu last saya buat 11:00PM atau paling lambat 11:59PM

Pelajar hanya perlu key in no kad pengenalan sahaja, seterusnya sistem yang akan tandakan mengikut senarai nama yang telah dimasukkan oleh guru


 

 Langkah 1:

Buka Google Drive, dan bina satu folder baru dan namakan. Dalam contoh, saya namakan folder Kehadiran PdPR 2021

Langkah 2:

Klik link untuk copy template DISINI, kemudian klik Make a copy. Google Sheet Copy of Kehadiran PdPR 2021(Responses) akan terpapar

Lihat google drive anda, ada 2 file baru yang copy tadi



 Masukkan 2 fail tadi ke dalam folder yang baru di bina tadi. (Boleh click and drag atau Klik kanan, pilih Move to, cari folder tadi)

Langkah 3:

Rename lah fail tadi dengan nama sesuai (Right click, pilih rename) 

Langkah 4:

Buka fail Google Sheet yang ada (Responses)



Lihat gambar di bawah

Nama dan KP boleh copy paste dari data APDM. PENTING: Paste value only

Tarikh: Double click untuk pilih tarikh

Masa mula dan masa tamat: Pastikan format masa betul contoh 8:00 AM

Klik kanan pada sheet (Sains 1A) kemudian pilih Rename. Namakan subjek dan kelas anda

Langkah 5:

Untuk tambah hari klik pada nama cell hari terakhir, contoh kat atas cell D, scroll ke bawah sekali kemudian tarik bucu ke column seterusnya. (Boleh hide row lebih yang tak ada nama pelajar. select row, klik kanan pilih hide rows)

Kalau hide rows, jika nak unhide balik, klik arrow sebelah kiri


 


Langkah 6:

Tambah kelas lain dengan klik kanan nama sheet (Sains 1A), kemudian pilih duplicate. Kemudian Rename, seterusnya masukkan nama dan KP bagi pelajar kelas tersebut

 



Siap! Boleh berikan link form kepada murid untuk isi kehadiran.

Cara bagi link kepada pelajar:

1. Buka form yang di 'copy' tadi. Klik ikon preview

2. Satu tab baru akan muncul. Copy link address tab baru tersebut dan paste ke dalam group kelas anda.

3. Boleh juga guna gg.gg untuk pendekkan link anda. Baca di sini



Video:

0 comments:

Post a Comment